16 Mei :- Hari guru.
Selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia.
Tak kira yang pernah mengajar saya atau pun tidak.
Setinggi penghargaan untuk semua pensyarah di UTM yang banyak mengajar sehingga saya berjaya membuat PhD.
Terutamanya kepada pensyarah yang baik hati mengeluarkan soalan exam yang lebih kurang serupa dengan past year.(xbanyak pun)
Kepada pensyarah yang mengajar gila-gila energetic.(xramai pun)
Dan kepada pensyarah yang begitu baik memberi markah.(agak ramai jugak.tapi kebanyakkan tegas dalam memberi markah)
Kepada pensyarah yang pernah mengajar saya dari 1st year sampai la saya berjaya mendapat segulung ijazah dengan anugerah dekan. Saya hargai semua ilmu yang di curahkan.
Pensyarah UTM semua best-best!
Kepada semua guru Sekolah Menengah Sains Miri.
Mereka merupakan pendidik terbilang.
Guru bukan hanya mengajar tapi juga mendidik.
Kepada warden yang selalu meronda di waktu pagi, terima kasih kerana menjaga kami di sainsri dahulu.
Kepada cikgu-cikgu yang masih menghubungi saya di FB, terima kasih kerana masih ingat anak muridmu ini.
Kepada guru-guru kelas yang banyak menjaga kelas saya dan mengajar kami menjadi manusia.Saya hargai semuanya itu.
Dan kepada pengetua yang sekarang dah menjadi YB.Apa pun,Terima kasih dan tahniah atas kejayaan dalam pilihan raya.
Kepada semua guru Sekolah Rendah
Tanpa mereka tidaklah saya berada di peringkat PhD sekarang.
Kerana permulaan nya mereka,saya terus berjaya sehingga kini.
Kerana Kehebatan mereka membuat kan saya terus maju ke hadapan.
Kerana mereka guru terbaik di hati ini.
Kepada semua rakan-rakan guru.
SELAMAT HARI GURU
Didiklah anak didikmu sekarang kerana cintakan perkongsian ilmu dunia dan akhirat.
Bukan kerana gaji guru melambung semata-mata.
Kerana saya juga pernah menjadi guru.
Cabarannya begitu tinggi sekali.
Kalian rakan guru semua begitu hebat sehingga mampu menerima cabaran sebagai seorang guru.
Jangan siakan 'title' guru yang diberikan.
Semua tenaga pengajar:- Happy belated teacher day!
3 comments:
Yayy!
Takde yg wish awak Happy Teacher's Day ke?
Kita semua pun in a way or another 'Guru' to some other persons in our life :)
Happy Teacher's Day!
terima kaseh cikgu=)
mei wish ngah ko ka?hahaha..neway..tahniah ats kejayaan anda.
Post a Comment