Tinggalkan Link anda

Pages

Monday, August 22, 2011

Semakan untuk kemasukkan elaun MyBrain15-MyPhD

Untuk pemegang biasiswa myPhD.
Anda boleh membuat semakan untuk Elaun Sara Hidup anda di sini.



p/s: Selamat menyambut hari raya aidilfitri bagi yang beragama islam.

Tuesday, August 16, 2011

Bekas kuih raya : Deco bersama saya

Entry kali ni nak tunjukkan cara paling senang untuk menghiaskan bekas kuih raya.
Tak payah beli semahal-mahalnya di pasaran tempatan.


Cantik bukan?
Lagi puas hati kalau sendiri yang buat.
Hadiah untuk ibu di hari raya ni.


Apa yang anda perlukan untuk produk sebegini ialah :
1. Bekas kosong
2. Kain (boleh didapati di kedai barangan pengantin)
3. Span
4. Riben bunga-bunga seperti di atas
5. Riben maroon untuk lilitan 
6.Gunting
7.Gam tembak/gam UHU





senang je nak deco bekas ni yer kawan-kawan.

Mula-mula sekali gunting span mengikut penutup bekas tersebut.


Gamkan span atas penutup itu tadi.


Seterusnya gunting kain dan lebihkan sedikit kain tersebut supaya dapat membaluti sekeliling penutup.*rujuk gambar di atas)




kemudian gamkan hujung penutup itu dan balut kain tersebut pada penutup tudung itu seperti membalut hadiah.


Dan akhirnya lilitkan riben bunga tadi pada badan bekas tersebut dan lilit sisi riben bunga dengan riben maroon tadi.


Hasilnya memang cantik dan kemaskan.


Tak payah dah beli bekas yang mahal di pasaran dengan harga RM100.++

Deco bekas ini hanya memerlukan modal sebanyak RM25.


Cubalah sendiri di rumah.Jimat dan mudah sangat.

Friday, August 12, 2011

FLX?

Salam Ramadan.
FLX?
Ape menda la FLX ni kan?
FLX ni merupakan kereta proton yang terbaru.
Dan yang menjadi kegilaan ramai orang.
Termasuklah aku.
Tapi aku tak gila lagi dan masih sah kalau berpuasa.

Sebenarnya proton dah pun launching kereta  saga FLX ni.
Di katakan kereta ini lebih jimat minyak jika dibandingkan dengan saga FL yang baru keluar sebelum ini.




Tak sabar rasanya nak test drive kereta ini.
Betul ker seperti yang di war-warkan kereta ni berprestasi tinggi dengan harga yang begitu relevan.
Istimewanya FLX ini berbanding kereta proton yang lain adalah dengan kehadiran CVT (continuous variable transmission) untuk perjalanan lebih lancar tanpa tersengguk-sengguk.

Aku tak berapa arif pun tentang kereta-kereta ni.
Nak tau lebih lanjut pasal FLX ni?

Jom pergi Proton Edar hari ini.
(n_n)

Tuesday, August 9, 2011

Misteri syaitan di rantai

Saya tertarik dengan satu artikel dalam majalah SOLUSI edisi khas Ramadhan & Syawal seperti bertajuk di atas hasil nukilan Mohd Wahid Abd Hanif.

Semasa saya kecil dahulu saya seringkali tertanya-tanya berkenaan syaitan dirantai dalam bulan ramadhan.Ye la kan,budak-budak ni takutkan hantu,momok,syaitan dan iblis disebabkan bayangan rupa yang hodoh.Memang sudah menjadi lumrah bila kita kecil kita ditakutkan dengan benda-benda halus ni.

Contohnya: (masa kecik-kecik dulu)
1.Mimie,maghrib dah ni,masuk rumah,syaitan suka merayau-rayau magrib camni.Tak takut ker?
2.Mimie,cepatlah sikit guna toilet tu,abang nak masuk ni ha.Ko tak takut ker lama-lama dalam toilet tu.Toilet tu la rumahnya syaitan *sambil tersengih-sengih*.(ni la bahana ada abang macam abang aku)

Pendek kata,memang bila kita kecil,keluarga kita akan mendidik kita supaya kita mendengar cakap mereka.Kebenaran memang ada pada kata-kata mereka.Tapi kadang-kadang situasi begini berlaku.

Abang: Mimie,ko jangan pergi hujung kampung tu,banyak hantu penanggal berpeleseran kat situ.
Mimie: ye ker?tak cayalah.Selalu jek si Boboi (jiran sebelah rumah) main kat hujung kampung tu?:
Abang: Ko mana tau,si Boboi tu belum jumpa lagi.Tiba masanya dia akan jumpa jugak.Aku ni makan garam lebih dari korang.Ko kena dengar cakap aku!
Mimie: yerla bang.(dalam hati masih tak percaya,tapi perasaan takut masih ada)

Masuk bulan Ramadhan pulak,

Mak: Mi,ni ha mak buat lebih sikit kuih ni,tolong hantarkan kat rumah pak cik kamu kat hujung kampung tu boleh?
Mimie: Mak, hujung kampung tu ada banyak hantu penanggal la mak.Takutla mimie nak kesana.
Mak: eh eh budak ni.Mana mimie tahu?Tak ade la.ni kan bulan ramadhan,mane ada syaitan.semua kena rantai tahu?
Mimie: Kena rantai?Ye ker mak?
Mak: yerla,dalam hadis dah dinyatakan. Apabila bulan puasa tiba,maka terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dirantai.

(dalam hati: aku lebih percayakan cakap emak dari abang, Allah kan ada untuk melindungi aku)

Mimie: baiklah mak,bak sini kuih tu, Mimie pergi dulu yer mak.

Berbalik kepada artikel ini pula,Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa syaitan dirantai.Tapi kenapa ada segelintir muslim yang tidak berpuasa dan tempat-tempat maksiat masih dibuka dan pengunjung nya merupakan orang-orang muslim?



Jika difahami daripada hadis ini secara hakiki,kederhakaan timbul akibat godaan syaitan dan rayuan nafsu.Pada bulan Ramadhan,syaitan memang terbelenggu,tetapi nafsu tidak terbelenggu. Maka ada orang yang tidak dapat mengawal nafsunya,mereka tetap melakukan maksiat dan kederhakaan..

Ulama-ulama menjelaskan bahawa ada perbezaan antara godaan syaitan dan rayuan nafsu.Syaitan menggoda dengan tujuan ingin menyesatkan dan merugikan manusia.Syaitan dapat mengubah rayuannya dari masa ke semasa jika rayuan pertamanya gagal.Berbeza pula dengan nafsu, yang hanya ingin memuaskan dirinya sehingga dia menginginkan sesuatu,dia tidak akan dapat mengubahnya sehingga keinginannya tercapai.
Kita seorang yang kuat jika kita dapat mengawal nafsu. Identiti sebenar kita terserlah pada bulan Ramadhan. Jagalah diri kita supaya tidak hanyut dengan duniawi semata-mata.Jom marilah kita sama-sama memanfaatkan bulan Ramadhan ini.

Wallahu a'lam.